Satu link untuk setiap majlis: rundown, tugas setiap orang, borang pengantin, vendor dan senarai salam restu. Semua orang tengok versi yang sama.
Info penting (menu, pax, nama VIP, lagu masuk) tertimbus bawah sticker dan voice note. Orang tanya soalan yang sama berulang kali.
Versi PDF v3, v4, "final", "final betul". Emcee, sound dan jurugambar pegang versi lain-lain.
Siapa jaga doorgift? Salam restu dah habis? Sesi foto keluarga mana belum ambil? Semua bergantung pada ingatan satu orang.
Masalahnya bukan pasukan. Masalahnya tiada satu tempat yang semua orang rujuk.
Seri Melur ialah web app event-ops. EO set up majlis, pengantin isi borang, setiap orang dapat link tugas sendiri, dan pada hari majlis crew tick terus dari telefon. Tiada app untuk dimuat turun.
Progress %, tugas lewat, vendor belum sah: nampak sekali pandang.
Borang pengantin ikut seksyen, bukan 50 soalan dalam chat.
Link tugas sendiri dengan due date dan status.
Masa, PIC dan cue lagu untuk setiap momen.
Kiraan hari ke majlis, peratus tugas siap, dan penapis pantas: Lewat, Minggu ni, Perlu sahkan, Belum agih. Tugas terbuka paling dekat sentiasa di atas.
Dari preview: tab Utama · Rundown · Keluarga · Lagu · Foto · Butiran · Tugas · Jadual, dwibahasa BM / EN.
Data demo rekaan daripada preview.
Nama dalam contoh ialah data demo.
EO agih tugas kepada EO, rewang, keluarga dan pengantin. Setiap orang buka link sendiri dan nampak tugas mereka sahaja, dengan due date, status dan komen. Lihat ikut orang, ikut kategori atau ikut tarikh.
Tak perlu tag sesiapa dalam group lagi.
Flow majlis dipecah ikut fasa: Persediaan, Ketibaan, Majlis, Penutup. Setiap momen ada masa, catatan, PIC dan cue lagu. Bila EO ubah melalui link edit, semua yang buka link nampak versi terkini. Orang lain baca sahaja.
Contoh daripada majlis demo dalam preview.
Satu link borang untuk pengantin: 8 seksyen dari butiran pengantin dan ibu bapa, keluarga, cue lagu, ucapan, sesi foto hingga vendor. EO nampak peratus lengkap setiap seksyen dan apa yang masih kosong.
Tiada lagi "akak, nak tanya sikit lagi..."
Senarai ikut turutan, belah perempuan dan lelaki. Crew tick setiap orang selepas salam restu.
Kumpulan gambar ikut turutan. Emcee panggil, jurugambar ambil, crew tick.
Lagu untuk setiap momen, dengan link Spotify / YouTube untuk sound system atau band.
Senarai vendor dengan status Sah / TBC, cetak ke PDF, dan kalendar setup, mesyuarat serta due date.
Nama EO, logo dan warna sendiri pada setiap halaman majlis. Klien nampak jenama anda.
Papan admin EO untuk pantau progress % setiap majlis.
Susun tempat duduk dan check-in tetamu pada hari majlis.
Pandangan 3D dewan untuk bincang susun atur dengan klien dan vendor.
Preview awam menunjukkan portal majlis dan konfigurasi jenama EO. Dashboard EO, Tetamu dan Venue 3D tiada dalam preview awam; status dan skop disahkan semasa sesi demo.
Tarikh, venue, sesi, jenama EO, pasukan dan vendor.
Keluarga, lagu, ucapan, sesi foto. EO pantau % lengkap.
Setiap orang dapat link tugas sendiri dengan due date.
Crew tick salam restu dan sesi foto. Vendor ikut cue.
Tugas kemas dewan dan pulang barang sewa pun dalam senarai.
Urus beberapa majlis serentak, nampak siapa lewat dan apa belum sah tanpa buka 10 group chat.
Rewang, salam restu, makan beradab, sesi foto keluarga: semua sudah ada dalam struktur, bukan template luar negara.
Beri setiap tempahan satu portal berjenama venue untuk koordinasi dengan EO, katering dan vendor.
Semua harga dan kandungan pakej ialah cadangan untuk perbincangan, belum harga rasmi.
Akses penuh untuk majlis sebenar dalam tempoh pilot, set up dibantu, dan harga perintis selepas pilot.
Sesi maklum balas ringkas selepas majlis, dan kebenaran guna testimoni jika anda berpuas hati.
Kami ambil sebilangan kecil EO sahaja supaya setiap pilot dapat perhatian penuh.
Buka majlis demo dan tekan setiap tab. Kemudian kita set up majlis pertama anda bersama-sama.
Harum dalam setiap butiran