(00)App operasi majlis untuk EO Malaysia

Majlistersusun,tanpakelam-kabut.

Satu link untuk setiap majlis: rundown, tugas setiap orang, borang pengantin, vendor dan senarai salam restu. Semua orang tengok versi yang sama.

Harum dalam setiap butiran

Tekan space / anak panah untuk teruskan ↓

(01)Masalah yang EO kenal sangat

Satu majlis, berpuluh orang, satu group WhatsApp.

(01)Chat tenggelam.

Info penting (menu, pax, nama VIP, lagu masuk) tertimbus bawah sticker dan voice note. Orang tanya soalan yang sama berulang kali.

(02)Rundown berubah.

Versi PDF v3, v4, "final", "final betul". Emcee, sound dan jurugambar pegang versi lain-lain.

(03)Hari H kalut.

Siapa jaga doorgift? Salam restu dah habis? Sesi foto keluarga mana belum ambil? Semua bergantung pada ingatan satu orang.

Masalahnya bukan pasukan. Masalahnya tiada satu tempat yang semua orang rujuk.

(02)Penyelesaian

Satu majlis. Satu link. Semua orang selari.

Seri Melur ialah web app event-ops. EO set up majlis, pengantin isi borang, setiap orang dapat link tugas sendiri, dan pada hari majlis crew tick terus dari telefon. Tiada app untuk dimuat turun.

EOKawal semua.

Progress %, tugas lewat, vendor belum sah: nampak sekali pandang.

PengantinIsi sekali.

Borang pengantin ikut seksyen, bukan 50 soalan dalam chat.

Crew & rewangTahu tugas.

Link tugas sendiri dengan due date dan status.

VendorIkut rundown.

Masa, PIC dan cue lagu untuk setiap momen.

(03 · 1/6)Papan utama majlis

Status majlis, sekali pandang.

Kiraan hari ke majlis, peratus tugas siap, dan penapis pantas: Lewat, Minggu ni, Perlu sahkan, Belum agih. Tugas terbuka paling dekat sentiasa di atas.

Dari preview: tab Utama · Rundown · Keluarga · Lagu · Foto · Butiran · Tugas · Jadual, dwibahasa BM / EN.

Majlis Demo: Aina & HakimSab, 19 Dis
28hari lagi
2/14tugas siap
14%progress
Muktamadkan senarai tetamuLewat 3 hari
Sahkan menu & jumlah pax dengan kateringPerlu sahkan
Beli & bungkus doorgiftSedang jalan
Jaga meja buku tetamuBelum agih

Data demo rekaan daripada preview.

PasukanSalin link
PSPuan Sofea · Event organizer3 tugas
KLKak Lina · Ketua rewang3 tugas
ADAbang Din · Parking & usher2 tugas
MMira · Doorgift & meja tetamu2 tugas
AAina · Pengantin perempuan2 tugas

Nama dalam contoh ialah data demo.

(03 · 2/6)Link tugas setiap orang

Setiap orang, link sendiri.

EO agih tugas kepada EO, rewang, keluarga dan pengantin. Setiap orang buka link sendiri dan nampak tugas mereka sahaja, dengan due date, status dan komen. Lihat ikut orang, ikut kategori atau ikut tarikh.

Tak perlu tag sesiapa dalam group lagi.

(03 · 3/6)Rundown live

Rundown yang semua orang pegang sama.

Flow majlis dipecah ikut fasa: Persediaan, Ketibaan, Majlis, Penutup. Setiap momen ada masa, catatan, PIC dan cue lagu. Bila EO ubah melalui link edit, semua yang buka link nampak versi terkini. Orang lain baca sahaja.

Rundown · Sab, 19 DisMYT
12:00pm  Tetamu tiba · buffet dibukaKatering
1:00pm  Emcee umum ketibaan pengantinEmcee
1:10pm  Pengantin berarak ke pelamin ♫Sound
1:35pm  Salam restu + fotografiJurugambar
2:30pm  Potong kek di pelamin ♫Sound

Contoh daripada majlis demo dalam preview.

Borang pengantin69% · 40/58 butiran
Pengantin & ibu bapa4/6
PIC keluarga1/2
Keluarga belah perempuan / lelaki5/7 · 5/7
Cue lagu · Ucapan4/6 · 1/2
Senarai sesi foto8/12
Pasukan utama & vendor12/16
(03 · 4/6)Borang intake klien

Pengantin isi, EO terus guna.

Satu link borang untuk pengantin: 8 seksyen dari butiran pengantin dan ibu bapa, keluarga, cue lagu, ucapan, sesi foto hingga vendor. EO nampak peratus lengkap setiap seksyen dan apa yang masih kosong.

Tiada lagi "akak, nak tanya sikit lagi..."

(03 · 5/6)Alat untuk hari majlis

Crew tick, semua nampak.

KeluargaSalam restu.

Senarai ikut turutan, belah perempuan dan lelaki. Crew tick setiap orang selepas salam restu.

FotoSesi foto.

Kumpulan gambar ikut turutan. Emcee panggil, jurugambar ambil, crew tick.

LaguCue lagu.

Lagu untuk setiap momen, dengan link Spotify / YouTube untuk sound system atau band.

Butiran · JadualVendor & kalendar.

Senarai vendor dengan status Sah / TBC, cetak ke PDF, dan kalendar setup, mesyuarat serta due date.

(03 · 6/6)Jenama anda, modul tambahan

Nama anda di depan.

White-labelJenama EO.

Nama EO, logo dan warna sendiri pada setiap halaman majlis. Klien nampak jenama anda.

Dashboard EOSemua majlis.

Papan admin EO untuk pantau progress % setiap majlis.

TetamuSeating & check-in.

Susun tempat duduk dan check-in tetamu pada hari majlis.

Venue 3DSusun atur 3D.

Pandangan 3D dewan untuk bincang susun atur dengan klien dan vendor.

Preview awam menunjukkan portal majlis dan konfigurasi jenama EO. Dashboard EO, Tetamu dan Venue 3D tiada dalam preview awam; status dan skop disahkan semasa sesi demo.

(04)Dari tempahan ke hari majlis

Lima langkah, satu link.

(01) TempahanEO set up majlis

Tarikh, venue, sesi, jenama EO, pasukan dan vendor.

(02) IntakePengantin isi borang

Keluarga, lagu, ucapan, sesi foto. EO pantau % lengkap.

(03) AgihTugas & link

Setiap orang dapat link tugas sendiri dengan due date.

(04) Hari HRundown live

Crew tick salam restu dan sesi foto. Vendor ikut cue.

(05) SelepasKemas & pulang

Tugas kemas dewan dan pulang barang sewa pun dalam senarai.

(05)Untuk siapa

Dibina untuk cara Malaysia buat majlis.

(01)Event organiser.

Urus beberapa majlis serentak, nampak siapa lewat dan apa belum sah tanpa buka 10 group chat.

(02)Wedding planner.

Rewang, salam restu, makan beradab, sesi foto keluarga: semua sudah ada dalam struktur, bukan template luar negara.

(03)Venue & dewan.

Beri setiap tempahan satu portal berjenama venue untuk koordinasi dengan EO, katering dan vendor.

CADANGAN · BELUM MUKTAMAD
(06)Pakej (andaian awal)

Pilih ikut cara anda bekerja.

Per majlis
RM [X]
satu majlis
  • Portal majlis penuh
  • Borang pengantin
  • Link tugas tanpa had orang
  • Rundown, salam restu, sesi foto, cue lagu
Langganan EO
RM [Y] / bulan
beberapa majlis aktif
  • Semua dalam Per majlis
  • Dashboard EO
  • White-label: nama, logo, warna EO
  • Sokongan onboarding
Venue / rakan kongsi
Sebut harga
ikut skop
  • Portal berjenama venue
  • Modul Tetamu & Venue 3D
  • Latihan pasukan
  • Terma ikut jumlah tempahan

Semua harga dan kandungan pakej ialah cadangan untuk perbincangan, belum harga rasmi.

CADANGAN
(07)Program pilot

Jadi antara EO perintis Seri Melur.

Anda dapatGuna percuma.

Akses penuh untuk majlis sebenar dalam tempoh pilot, set up dibantu, dan harga perintis selepas pilot.

Kami mintaMaklum balas jujur.

Sesi maklum balas ringkas selepas majlis, dan kebenaran guna testimoni jika anda berpuas hati.

TempatTerhad.

Kami ambil sebilangan kecil EO sahaja supaya setiap pilot dapat perhatian penuh.

Lencana Seri Melur
(08)Langkah seterusnya

Cubasendiri.

Buka majlis demo dan tekan setiap tab. Kemudian kita set up majlis pertama anda bersama-sama.

Buka preview live ↗ [WhatsApp Seri Melur]
Seri Melur

Harum dalam setiap butiran

[Emel Seri Melur] · [Instagram Seri Melur]